My journey at UKM
Monday, December 17, 2018
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UKM kerana memberi peluang dan ruang yang cukup berharga untuk berada di sini. Daripada puluhan ribu yang memohon hanya sebilangan sahaja yang berjaya untuk memasuki UKM dan alhamdulillah rezeki Allah kami antara sebilangan tersebut. Kami semua tidak akan mensia-siakan peluang yang telah diberikan dan akan mengharumkan nama UKM di masa hadapan. Terima Kasih.
MA & PA
Saya ingin dedikasikan post ini untuk kedua ibu bapa saya. Terima kasih untuk segalanya sejak say lahir hingga ke saat ini. Banyak pengorbanan mereka yang takkan dapat saya balas semuanya. Alhamdulillah walaupun sedikit tapi saya dapat mengukir senyuman di wajah mereka dengan saya berjaya masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya merupakan seorang sahaja anak lelaki di dalam keluarga dan sudah pasti menjadi harapan bagi kedua ibu bapa saya. In Shaa Allah saya akan buat yang terbaik untuk MA & PA.
KUANTAN RUMAHKU
Kuantan merupakan rumah untuk saya sejak dilahirkan sehingga kini. Pelbagai yang menarik boleh didapati di kuantan. Kuantan terkenal dengan makanan lautnya yang pelbagai dan harga yang cukup murah. Kuantan juga syurga shoppinf bagi para wanita. Jika ada masa terluang ayuhlah datang ke Kuantan Indah Lestari.
PANTAI
Pantai adalah tempat kegemaran saya untuk pergi apabila mempunyai masa lapang. Ini kerana apabila berada di pantai saya cukup tenang. Pantai juga cukup terkenal dengan keindahan pemandangannya yang cukup menakjubkan.
THEATER OF DREAM
Theater of dream atau dikenali sebagai Old Trafford adalah stadium bagi kelab bola Manchester United. Stadium ini adalah sebuah stadium yang sangat gah di dunia kerana stadium ini menyimpan pelbagai sejarah yang pernah dilakar oleh Manchester United. Saya sangat berharap agar suatu hari nanti saya kan menjejakkan kaki di Old Trafford.
Sunday, December 16, 2018
PUBG
PUBG merupakan kegilaan remaja pada hari ini termasuklah diri saya sendiri. Ia merupakan game yang sangat menarik. Jika ada msa yang lapang saya tidak akan melepaskan peluang untuk bermain PUBG bersam kawan-kawan.
Saturday, December 15, 2018
MEMANCING
Memancing adalah hobi saya apabila saya mempunyai masa lapang. Saya lebih gemar memancing udang berbanding ikan kerana hasil apabila dapat udang itu lebih puas. Walaupun sering dikatakan oleh orang tua bahawa "Ada udang maka ada buaya". Ya memang betul tetapi haruslah kita lebih berjaga-jaga semasa memancing udang. Ini kerana memancing udang selalunya pada lewat malam kerana pada masa itu udang galah lebih aktif.
Subscribe to:
Comments (Atom)





