Nama diberi Aminnudin Arshad Bin Jamaludin. Berumur 21 tahun dan dilahirkan pada tanggal 22 Disember 1997. Anak jati negeri Pahang Darul Makmur. Memulakan sesi persekolahan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota sehingga darjah 6 dan kemudiannya menyambung persekolahan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad sehingga Tingkatan 5. Selepas tamat SPM dan mendapat keputusan SPM yang tidak seberapa, saya menyambung pelajaran di peringkat diploma di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota dalam bidang perakaunan selama 3 tahun. Alhamdulillah saya berjaya melalui liku-liku kehidupan semasa zaman diploma dengan jayanya. Tamat sahaja diploma saya terus memohon untuk kemasukkan upu untuk ambilan september. Alhamdulillah rezeki Allah saya diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Sehingga ke hari ini saya masih disini dan berharap dapat menamatkan ijazah saya di sini dengan jayanya.
Friday, December 14, 2018
MY SELF
Labels:
MY UKM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment