Dulu saya bukanlah seorang yang percaya pada perniagaan dan menyukai perniagaan. Apabila seseorang datang dan bercakap tentang perniagaan pada saya, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi pada suatu hari seorang senior di KPM semasa saya diploma, beliau datang kepada saya dan memperlawa satu perniagaan kepada saya. Ia merupakan satu peluang untuk buat duit tapi saya terpaksa menolak pada mulanya kerana risau akan memberi kesan buruk kepada pelajaran. Tapi apabila senior tersebut suruh saya fikir semula dan ambil masa secukupnya untuk berfikir saya ubah fikiran selepas berbincang dengan keluarga. Dari situlah bermulanya kisah saya mempelajari selok belok dalam perniagaan sehingga hari ini. Saya berharap suatu hari nanti saya akan ada perniagaan saya sendiri yang dikenali ramai.
No comments:
Post a Comment