Saturday, December 15, 2018

EPPD 1063

Alhamdulillah bersyukur kepada ilahi kerana pada semester ini saya hampir berjaya menyelesaikan pembelajaran bagi subjek EPPD1063, Aplikasi Komputer. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui tetapi berkat ilmu yang di ajar oleh Dr. Norazila, kami semua berjaya untuk menyelesaikan segala tugas yang diberi. Diharapkan di masa hadapan kelak kami dapat lagi diberi peluang dan ruang untuk menimba ilmu bersama Dr. Norazila. Ilmu yang diturunkan tidak akan sesekali dilupakan dan disia-siakan. Diharapkan ilmu ini dapat digunakan dan membantu semasa di alam pekerjaan kelak. Terima kasih buat kali terakhir kepada Dr. Norazila yang telah banyak membantu dan mengajar kami dari awal semester hingga ke hari ini. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment