Monday, December 17, 2018
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UKM kerana memberi peluang dan ruang yang cukup berharga untuk berada di sini. Daripada puluhan ribu yang memohon hanya sebilangan sahaja yang berjaya untuk memasuki UKM dan alhamdulillah rezeki Allah kami antara sebilangan tersebut. Kami semua tidak akan mensia-siakan peluang yang telah diberikan dan akan mengharumkan nama UKM di masa hadapan. Terima Kasih.
MA & PA
Saya ingin dedikasikan post ini untuk kedua ibu bapa saya. Terima kasih untuk segalanya sejak say lahir hingga ke saat ini. Banyak pengorbanan mereka yang takkan dapat saya balas semuanya. Alhamdulillah walaupun sedikit tapi saya dapat mengukir senyuman di wajah mereka dengan saya berjaya masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya merupakan seorang sahaja anak lelaki di dalam keluarga dan sudah pasti menjadi harapan bagi kedua ibu bapa saya. In Shaa Allah saya akan buat yang terbaik untuk MA & PA.
KUANTAN RUMAHKU
Kuantan merupakan rumah untuk saya sejak dilahirkan sehingga kini. Pelbagai yang menarik boleh didapati di kuantan. Kuantan terkenal dengan makanan lautnya yang pelbagai dan harga yang cukup murah. Kuantan juga syurga shoppinf bagi para wanita. Jika ada masa terluang ayuhlah datang ke Kuantan Indah Lestari.
PANTAI
Pantai adalah tempat kegemaran saya untuk pergi apabila mempunyai masa lapang. Ini kerana apabila berada di pantai saya cukup tenang. Pantai juga cukup terkenal dengan keindahan pemandangannya yang cukup menakjubkan.
THEATER OF DREAM
Theater of dream atau dikenali sebagai Old Trafford adalah stadium bagi kelab bola Manchester United. Stadium ini adalah sebuah stadium yang sangat gah di dunia kerana stadium ini menyimpan pelbagai sejarah yang pernah dilakar oleh Manchester United. Saya sangat berharap agar suatu hari nanti saya kan menjejakkan kaki di Old Trafford.
Sunday, December 16, 2018
PUBG
PUBG merupakan kegilaan remaja pada hari ini termasuklah diri saya sendiri. Ia merupakan game yang sangat menarik. Jika ada msa yang lapang saya tidak akan melepaskan peluang untuk bermain PUBG bersam kawan-kawan.
Saturday, December 15, 2018
MEMANCING
Memancing adalah hobi saya apabila saya mempunyai masa lapang. Saya lebih gemar memancing udang berbanding ikan kerana hasil apabila dapat udang itu lebih puas. Walaupun sering dikatakan oleh orang tua bahawa "Ada udang maka ada buaya". Ya memang betul tetapi haruslah kita lebih berjaga-jaga semasa memancing udang. Ini kerana memancing udang selalunya pada lewat malam kerana pada masa itu udang galah lebih aktif.
TRAVEL AROUND THE WORLD
Melancong ke seluruh dunia merupakan salah satu impian saya. Ini kerana apabila kita menjejakkan kaki ke negara orang, kita punya pandangan lebih luas dan ilmu tentang sesebuah negara itu juga bertambah. Saya sangat berharap satu hari nanti impian saya ini akan tercapai untuk mengelilingi dunia.
PULAU PERHENTIAN
Ini adalah gambar di Pulau Perhentian, Besut Terengganu. Pulau Perhentian merupakan pulau kegemaran saya. Ini kerana pulau perhentian mempunyai suasana dan pemandangan yang cukup menakjubkan. Ketika berada di Pulau Perhentian, saya berasa cukup tenang dan segala masalah yang berada di dalam fikiran terasa hilang begitu sahaja. Saya cadangkan kepada sesiapa yang ingin pergi tenangkan fikiran, Pulau Perhentian adalah destinasi yang cukup menarik.
MANCHESTER UNITED
Manchester United merupakan pasukan kegemaran saya sejak kecil, Sebab saya meminati Manchester United adalah disebabkan oleh sejarahnya yang cukup gemilang. Manchester United merupakan satu pasukan yang terkuat di Liga Perdana Inggeris dulu, sekarang dan selamanya. Pada masa kini, pengurus Manchester United adalah Jose Mourinho yang berasal dari Portugal. Beliau adalah seorang yang sangat terkenal di dalam bidang bola sepak eropah kerana sikap beliau dan mentaliti yang di bawanya ke kelas yang diruruskannya.
EPPD 1063
Alhamdulillah bersyukur kepada ilahi kerana pada semester ini saya hampir berjaya menyelesaikan pembelajaran bagi subjek EPPD1063, Aplikasi Komputer. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui tetapi berkat ilmu yang di ajar oleh Dr. Norazila, kami semua berjaya untuk menyelesaikan segala tugas yang diberi. Diharapkan di masa hadapan kelak kami dapat lagi diberi peluang dan ruang untuk menimba ilmu bersama Dr. Norazila. Ilmu yang diturunkan tidak akan sesekali dilupakan dan disia-siakan. Diharapkan ilmu ini dapat digunakan dan membantu semasa di alam pekerjaan kelak. Terima kasih buat kali terakhir kepada Dr. Norazila yang telah banyak membantu dan mengajar kami dari awal semester hingga ke hari ini. Terima Kasih.
MICROSOFT ACCESS
Microsoft access merupakan satu microsoft yang sangat menarik. Kami diajar bagaimana cara untuk menyimpan data pelanggan atau syarikat di dalam micsrosoft access ini. Ini sangat penting bagi kami kelas di alam pekerjaan atau mungkin untuk perniagaan kami sendiri suatu hari nanti.
MICROSOFT EXCEL
Microsoft excel tidal dilupakan. Bagi microsoft excel kami ada lab test untuk semester ini. Walaupun lab test tersebut agak susah tetapi atas usaha untuk berjaya alhamdulillah semunya berjalan lancar semasa lab test tersebut. Diharapkan kami dapat menggunakan ilmu yang dipelajari ini semasa kami di alam pekerjaan kelak.
MICROSOFT POWERPOINT
Di dalam kelas aplikasi komputer, kami juga mempelajari bagaimana untuk menggunakan microsoft powerpoint. Kami juga diberikan tugas untuk disiapkan. Tugas tersebut adalah mencari isu-isu semasa dan disertakan audio di dalam powerpoint tersebut. Alhamdulillah atas bimbingan Dr. Norazila kami berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya.
MICROSOFT WORD
Microsoft word merupakan salah satu dari yang di pelajari di dalam kelas aplikasi komputer, eppd1063. Ini sangat penting kerana kami akan menggunakan seperti microsoft word semasa di alam pekerjaan nanti. Jadi sangat penting untuk kami mendalami ilmu seperti ini.
ASEAN ART FESTIVAL
Pada 1 Disember yang lepas saya dan rakan-rakan telah hadiri satu program iaitu Asean Art Festival yang telah dilangsungkan di DECTAR. Ia merupakan satu program tari seni traditional yang telah disertai oleh 9 buah negara. Antara negara yang turut serta adalah Indonesia, Vietnam, Korea dan sudah pasti Malaysia yang diwakili sendiri oleh pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Program seperti ini amat bagus kerana ia memberi peluang kepada mahasiswa untuk melihat sendiri bagaimana indahnya seni tari traditional bukan sahaja dari negara Malaysia tetapi dari pelbagai negara yang membawa budaya dan tradisi yang berbeza.
BUSINESS?
Dulu saya bukanlah seorang yang percaya pada perniagaan dan menyukai perniagaan. Apabila seseorang datang dan bercakap tentang perniagaan pada saya, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi pada suatu hari seorang senior di KPM semasa saya diploma, beliau datang kepada saya dan memperlawa satu perniagaan kepada saya. Ia merupakan satu peluang untuk buat duit tapi saya terpaksa menolak pada mulanya kerana risau akan memberi kesan buruk kepada pelajaran. Tapi apabila senior tersebut suruh saya fikir semula dan ambil masa secukupnya untuk berfikir saya ubah fikiran selepas berbincang dengan keluarga. Dari situlah bermulanya kisah saya mempelajari selok belok dalam perniagaan sehingga hari ini. Saya berharap suatu hari nanti saya akan ada perniagaan saya sendiri yang dikenali ramai.
Friday, December 14, 2018
PROJEK INSPIRASIKU
Pada 28 November yang lepas, saya telah mengikuti program dibawah citra Pengurusan Program Berimpak di mana kami telah dijemput utnuk menghadiri satu program dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Program tersebut adalah Malam Anugerah Usahawan Projek Inspirasiku. Program ini adalah untuk menghargai semua pengusaha syarikat yang telah mendaftar di bawah SSM. Ada juga sesi pembentangan perniagaan di mana mereka menceritakan pengalaman mereka memulakan pernigaan dari mula sampai berjaya hingga ke hari ini dan pertandingan ini telah dimenangi oleh Encik Azri iaitu pengasas Walter Pomade. Program seperti ini cukup menarik kerana ia dapat memberi semangat kepada generasi muda khususnya untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.
MY SELF
Nama diberi Aminnudin Arshad Bin Jamaludin. Berumur 21 tahun dan dilahirkan pada tanggal 22 Disember 1997. Anak jati negeri Pahang Darul Makmur. Memulakan sesi persekolahan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota sehingga darjah 6 dan kemudiannya menyambung persekolahan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad sehingga Tingkatan 5. Selepas tamat SPM dan mendapat keputusan SPM yang tidak seberapa, saya menyambung pelajaran di peringkat diploma di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota dalam bidang perakaunan selama 3 tahun. Alhamdulillah saya berjaya melalui liku-liku kehidupan semasa zaman diploma dengan jayanya. Tamat sahaja diploma saya terus memohon untuk kemasukkan upu untuk ambilan september. Alhamdulillah rezeki Allah saya diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Sehingga ke hari ini saya masih disini dan berharap dapat menamatkan ijazah saya di sini dengan jayanya.
Monday, September 17, 2018
Subscribe to:
Comments (Atom)














